Monday, April 5, 2010

Virus

Salam Blogger... Salam 1 Malaysia... Salam Teratak Fikiran...

Sebelum saya mulakan coretan dan komentar saya pada kali ini, saya ingin memohon maaf kerana saya terlalu sibuk dan tidak punya banyak masa untuk menokok tambah ceritera dalam blog ini.

Tetapi, sepanjang saya berada di luar, saya melihat berbagai benda berlaku disekeliling saya. Ada yang mengarut, ada yang elok, ada juga yang tak masuk dek akal fikiran. Walau bagaimana pun, ada yang lebih penting dari perkara politik dan seni iaitu - kesihatan.

Tuan-tuan dan puan-puan yang di rahmati Allah sekalian,

H1N1..

Virus ini telah pun mengorbankan 2 anak beranak dalam minggu yang sama pada awal bulan April ini dan banyak pula orang yang disahkan mengidap serta mempunyai simptom ILI. 3 sekolah di langkawi ditutup, 29 orang di Ipoh disahkan positif, dan 30 lebih orang juga disahkan positif di Kuala Kubu Baru dan setakat ini, kes penghidap H1N1 atau simptom serupa dengannya telah dilaporkan meningkat oleh Kementerian Kesihatan baru-baru ini.

Dalam surat khabar, dalam internet serta televisyen pun sudah di sebarkan perihal isu ini, dan poster yang menyampaikan amaran dan nasihat kepada orang ramai tentang bahayanya virus ini jika dihidapi, telah di tampal di billboard jalan raya utama dan lebuh raya, papan notis di tempat awam seperti KLCC di Sincity, Berjaya Megamall di Kuantan, serta Tunas Manja di Muadzam Shah dan bukan sekadar di sana sahaja, malahan kedai Maggi Manap dan CS Tyre pun ada poster tersebut.

Tetapi ironiknya...tiada siapa pun yang memakai penutup muka atau dilihat mengamalkan kebersihan diri seperti membasuh tangan dengan kerap serta mempraktikkan cara hidup yang lebih sihat seperti berlari, main futsal, dan sebagainya.

Lepas tu, bila dah terkena, barulah terkial-kial nak ke hospital dan bila dah keadaan dah "paghok" (teruk), baru lah nak menyesal... salahkan Tuhan... dan macam macam...

Aduhai manusia... Aduhai melayu... "Sikap Tak Pe lah" masih kuat rupanya... Tuhan dah bagi macam macam tanda, tapi masyarakat buat tak reti saja. Kenapa jadi begini??..senang saja jawapannya... kerana lumrah manusia memang begini...lumrah orang melayu...lumrah penduduk Malaysia... memang BANGANG.

Kita sepatutnya boleh berfikir sendiri..kita perlu peka bahawa benda ni merbahaya kalau kita tak buat tindakan sewajarnya... ini isu kesihatan... kesihatan kita.... kesihatan anak beranak kita... NYAWA KITA!
Takkan nak kena tunggu semua orang mati, dan ambil tindakan kemudian. "SEDIAKAN PAYUNG SEBELUM HUJAN". Orang tua-tua dulu dah banyak bagi tunjuk ajar pada kita. Nampak gayanya... peribahasa yang hanya wujud sebagai peribahasa kosong, bagi penuh buku di perpustakaan sahaja. Tiada siapa pun yang peduli.

Saudara-saudari yang di hormati,

Saya merasakan H1N1 ini adalah virus yang sangat merbahaya. Ianya serang secara senyap, halimunan. Nampak gaya seperti demam dan batuk biasa... tapi... ianya adalah tanda bahawa kalian mungkin sudah dihidapi... dan jikalau kalian mempunyai penyakit kronik seperti asma, kencing manis, jantung, darah tinggi dan lain lain, kalian adalah pesakit berisiko tinggi.

Apa makna "Berisiko Tinggi"??

Maknanya... kalian mungkin tidak dapat diselamatkan jikalau disahkan berjangkit virus ini. Ianya menyerang di organ penting yang paling lemah dalam badan anda. Banyak orang di Malaysia mempunyai penyakit macam Nescafe 3-in-1. Semua ada dalam satu badan - Penyakit Jantung, Diabetes, Asma...Super Combo wa cakap lu...

Jadi, tolonglah...tolong berhati hati...benda ni...penyakit ni...merbahaya... Amalkan cara hidup sihat - berpeluh selalu, senam selalu, kurangkan kari kambing Maplir Pelita, kurangkan maggi goreng Manap. Banyakkan membasuh tangan dengan sabun selalu dan cuba elak pergi ke tempat yang sangat sesak. Jikalau terpaksa, pakailah penutup muka.

Ingat..

Segalanya bermula dengan anda...fikirkan.

1 comment:

  1. Salam Israr;

    Mudah-mudahan kita sama-sama dilindungi daripada terkena penyakit yang berbahaya ini. Aminn.

    ReplyDelete