Wednesday, January 6, 2010

Sikap "Tak Pe Lah"

Pembaca yang di Rahmati Allah SWT sekalian,

Kurang dari 48 jam yang lalu, kita di kejutkan dengan kejadian pembunuhan yang teramat kejam di Gemencheh, Negeri Sembilan. Empat sekeluarga di bunuh dengan cara yang amat mengerikan di mana salah seorang telah di tetak sehingga putus kepala, kemudian dua lagi putus tangan kiri dan kanan dan akhir sekali seorang perempuan yang dadanya di tusuk dengan pisau- Pisau itu masih melekat lagi di dada mangsa apabila seorang lagi ahli keluarga yang baru pulang dari sekolah menjumpai mangsa di rumah.

Seorang lelaki iaitu cucu kepada mangsa telah hilang dan dia adalah orang yang disyaki membunuh keempat-empat mangsa. Lelaki yang disyaki itu dipercayai sebagai seorang penagih dan mungkin mempunyai rekod-rekod jenayah yang lain. Polis kini sedang menjalankan siasatan rapi terhadap kes yang menyayat hati ini.

Para pembaca sekalian,

Ini adalah satu kejadian yang membuatkan saya sangat bimbang tentang masa depan Bangsa Melayu. Seperti yang kalian telah maklum, ini semua adalah satu perkara kronik yang perlu di tangani segera oleh kerajaan dan kita sendiri sebagai insan kamil mukamil. Dadah, Malas, Dengki, Iri Hati adalah simtom yang sangat sebati dengan orang Melayu.

Tak dapat apa yang dia nak... dia belasah

Melihat jiran yang mempunyai duit lebih sikit.... dengki.... hantar santau

Tak dapat duit nak beli dadah.... kerat atok, nenek, ayah dan tikam adik sendiri.

Ini semua satu fenomena gila yang saya sendiri kadang kala merasa sangat kecewa. Jikalau kita pandang, fikir dan muhasabah diri sejenak, tentu kita akan dapat merasakan bahawa ini semua bukan silap orang lain... Ini semua adalah daripada kesilapan diri kita sendiri. Kita leka, kita cuai dengan sikap "tak pe lah".

Sikap "tak pe lah"

Ini adalah sikap yang membawa kepada pembunuhan keluarga itu tadi

Ini lah sikap yang membawa kepada pergaduahan sesama kita orang Melayu

Ini lah sikap yang membawa kepada ketahyulan orang Melayu

Inilah sikap yang akan membawa kepada KEJATUHAN MARUAH DAN NILAI ORANG MELAYU!


Pembaca yang saya hormati sekalian,

Marilah kita sama-sama fikir dan muhasabah sejenak... fikirkan sedalamnya...

1 comment:

  1. This is a great post Israr. This sikap Takpe lah is definitely something we need to get rid off. and also this whole dengki, jeles, santau business. Totally memalukan. But of course at the very core of it is the sikap takpe. Haih, I only wish there's a way to cure it.

    ReplyDelete