Friday, January 8, 2010

Ketuanan Melayu Dipersoal, Kini, Kalimah Allah Pula...




Para pembaca sekalian,

Terima kasih pada kalian yang sudi mengikuti perkembangan blog saya ini.

Seperti yang kita semua sudah maklum, terdapat satu isu yang sangat sensitif yang sedang diperkatakan, diperdebatkan dan di bicarakan di Mahkamah, kedai roti canai Wak Highway, kedai makan Cik Su serta bengkel kereta Harimau Tenggara di Muadzam Shah  - tentang Allah SWT serta Kalimah Nya.

Semua benda kini dipersoal...

Ketuanan Melayu diperlekeh dan dipersoal...

Allah Ta'ala dan Kalimah Nya pun dipersoal...

Apa yang kita sudah lakukan sebagai Muslim Mukmin yang percaya dengan jiwa dan sanubari kepada Allah SWT dan Kalimah Nya??

Allah SWT berfirman:
 
فَلَا أُقْسِمُ بِرَبِّ الْمَشَارِقِ وَالْمَغَارِبِ إِنَّا لَقَادِرُونَ
Maka Aku bersumpah dengan Tuhan Yang Mengatur tempat terbit dan terbenamnya matahari, bulan dan bintang; sesungguhnya Kami benar-benar Maha Kuasa.( al ma'arij: 40)

Percayakah kita dengan kata-kata Allah dalam Al-Quran ini?

Jikalau jawapan anda YA, maka kita perlu bersuara. Kita perlu luahkan rasa ketidak puasan hati kita pada mereka yang menggelar diri mereka KERAJAAN BARISAN NASIONAL, serta UMNO. Kenapa kita perlu bersuara pada mereka?? - kerana mereka adalah parti yang memerintah, kerana Perdana Menterinya orang UMNO.

Kita boleh jumpa PAS dan KeADILan. Tapi, buat masa ini, mereka hanya tahu buat kecoh di tengah jalan raya Bukit Bintang, KLCC dan Jalan Raja Laut sahaja. Anwar Ibrahim pulak sibuk nak menjahanamkan Mahathir dan Orang Melayu. Tak habis-habis menghasut. Rugi. Nanti kita semua kena tahan masuk penjara. Rugi!. Lebih baik kita bersuara kepada mereka yang mempunyai kuasa, dan yang berkuasa untuk memberi keputusan dan bantuan adalah UMNO.

UMNO kata "KAMI JUARA RAKYAT!!!"

Errrrrrr......Ye ke?????

Susah nak percaya kata orang-orang melayu ni. Janji jumpa pukul 9 pagi, datang pukul 11 pagi. Ada yang lagi dasyat - terus tak datang.  Menipu, Munafik tak habis habis. Itu lah orang melayu. Itu lah imej Melayu.

PAS dan KeADILan boleh buat apa??...PKR adalah parti yang memerintah Selangor. Menteri Besar nya pun orang melayu - muslim. Apa yang dia dah buat?? senyap sahaja. Dia seorang menteri besar, dan sepatutnya dia boleh beri tekanan umum supaya perkara ini diselesaikan. Dia orang Muslim. Hellooo brader... Please laaa... Berhenti lah nak mencuri duit rakyat Selangor untuk menutup hutang berjuta juta ringgit yang awak sendiri buat.

YAB Perdana Menteri Malaysia pun sama juga...

Di mana Dato Seri Najib sekarang?? kenapa dia tidak bertindak dan berjuang menentang keputusan mahkamah itu?? Dia seorang Perdana Menteri. Kalau saya jadi Najib saya akan kata "Hentikan ini semua, kalimah Allah adalah hak penganut Islam sahaja. Ini bukan USA, dan bukan Singapura. Ini adalah NEGARA MALAYSIA yang majoriti penduduknya adalah penganut agama Islam. Kami percaya dengan jiwa dan raga kepada Allah SWT dan Kalimah Nya"

Jikalaulah saya seorang Perdana Menteri.... Hmmmm....(berangan mat jenin)

JUARA RAKYAT KONON. Ceh!!....

Para pembaca yang di hormati,

Ini semua publisiti. Jikalau kalian yang menggelar diri kalian orang UMNO, tolong buat sesuatu. Tiada gunanya kita pergi buat tunjuk perasaan di jalan raya. Kita harus beri tekanan pada YAB Perdana Menteri supaya dia buat tindakan drastik demi orang Muslim.  Jikalau tidak, masyarakat Muslim Malaysia akan terima padahnya di masa akan datang. Yang akan terima padah ini adalah anak-anak kita nanti. Kasihanilah mereka.

Ingatlah...UMNO sudah menjadi semakin tidak popular. Semakin tidak relevan. Makin hari, makin di benci. Kepada ahli UMNO seluruh Malaysia: UBAH LAH. Kalian perlu buat MAJOR OVERHAUL dalam parti. Kalian ingin jadi Juara Rakyat Sejati??? Kalian perlu berubah. Jadikan mereka yang bijak pandai sebagai ketua. Bukannya pilih dan lantik orang yang bangang dan tidak berkebolehan di jadikan sebagai pemimpin.

Seperkara lagi....

Kepada Ahli UMNO yang dah tua bangka tu, silalah letak jawatan, dan serahkan pucuk pimpinan kepada generasi muda pula. Awak tu dah lama. Old School. Old Timer. Slow. Sibuk nak mengumpul harta sahaja. Menipu sana sini dan berlagak tak habis habis sedangkan wang yang anda ambil itu adalah wang rakyat. Kalian tak malu ke??

Kepada Ahli UMNO generasi baru... tolonglah jadi pemimpin yang berwibawa, berkaliber, bijak laksana, dan sentiasa memikirkan bagaimana untuk memajukan rakyat khususnya orang Muslim dan Melayu. Jangan ikut cara orang lama. Dia pakai BMW, awak pun sibuk nak beli juga. Dia ada perempuan simpanan, awak pun mahu juga. Dia tipu duit rakyat, awak pun jadi penipu juga. Pemimpin muda konon. Berlagak tak habis habis. Sibuk dengan projek sana sini. Rupanya nak mengayakan diri sendiri, senang nak berlagak depan orang lain. Sibuk main golf.

"Orang kampung sakit, duit tak ada, beras tak mampu beli, anak-anak muslim tak mampu nak belajar - awak tak tolong. Buat tak tahu sahaja. Celaka punya orang UMNO".
-Kata kata pedas dari salah seorang sahabat saya yang juga seorang penyokong kuat PAS-

Pemuda UMNO perlu melihat isu sensitif ini sebagai satu peluang untuk mengukuhkan parti. Ketua Pemuda perlu membuat satu jawatan kuasa yang di wakili ketua ketua pemuda bahagian seluruh Malaysia, dan wujudkan pelan tindakan serta pelan susulan. Gunakan kemudahan internet untuk menyebarkan isu ini kepada rakyat. Beri kan tekanan kepada Perdana Menteri melalui media Radio dan TV. Saya yakin dengan UMNO sebagai organisasi yang mempunyai rekod yang baik dalam menguruskan negara. Kerana UMNO, negara kita menjadi negara yang dikenali secara global.

Perlu di ingatkan sekali lagi...

Jangan kalian bertindak melulu dalam melaksanakan agenda. Jangan terlalu emosi, seperti apa yang berlaku pada malam semalam, di mana ada individu yang telah membaling Koktel Malatov ke gereja di Taman Melawati, Damansara dan Petaling Jaya. Sudah pasti insiden itu di lakukan oleh orang melayu muslim. Ini bukan cara yang terbaik untuk melakukan perubahan. Cara ini akan membuatkan kita lebih di benci, muslim akan di label pengganas lagi, dan masyarakat lain akan memandang serong terhadap kita. Kita perlu senantiasa dalam keadaan tenang.

Para pelayar web sekalian,

Saya ingin mengucapkan tahniah dan pujian kepada pengendali yang mewujudkan petisyen digital tentang isu Kalimah Allah di FACEBOOK. Sokongan yang begitu padu di berikan dan kini ianya mencecah hampir 80000 dalam masa yang sangat singkat. Syabas. Teruskan usaha anda.

Kepada pembaca sekalian, saya berharap agar kita semua dapat menyampaikan perkara ini melalui mulut kita sendiri dikalangan keluarga, sahabat handai, rakan kerja serta anak anak kita. Biar mereka tahu bahawa ini bukan perkara mudah, bukan perkara remeh temeh, bukan perkara ringan. Kita perlu perjelaskan bahawa sikap "Tak Pe Lah" adalah sikap yang negatif dan perlu ditangani segera. Sama sama kita fikirkan....

Wednesday, January 6, 2010

Sikap "Tak Pe Lah"

Pembaca yang di Rahmati Allah SWT sekalian,

Kurang dari 48 jam yang lalu, kita di kejutkan dengan kejadian pembunuhan yang teramat kejam di Gemencheh, Negeri Sembilan. Empat sekeluarga di bunuh dengan cara yang amat mengerikan di mana salah seorang telah di tetak sehingga putus kepala, kemudian dua lagi putus tangan kiri dan kanan dan akhir sekali seorang perempuan yang dadanya di tusuk dengan pisau- Pisau itu masih melekat lagi di dada mangsa apabila seorang lagi ahli keluarga yang baru pulang dari sekolah menjumpai mangsa di rumah.

Seorang lelaki iaitu cucu kepada mangsa telah hilang dan dia adalah orang yang disyaki membunuh keempat-empat mangsa. Lelaki yang disyaki itu dipercayai sebagai seorang penagih dan mungkin mempunyai rekod-rekod jenayah yang lain. Polis kini sedang menjalankan siasatan rapi terhadap kes yang menyayat hati ini.

Para pembaca sekalian,

Ini adalah satu kejadian yang membuatkan saya sangat bimbang tentang masa depan Bangsa Melayu. Seperti yang kalian telah maklum, ini semua adalah satu perkara kronik yang perlu di tangani segera oleh kerajaan dan kita sendiri sebagai insan kamil mukamil. Dadah, Malas, Dengki, Iri Hati adalah simtom yang sangat sebati dengan orang Melayu.

Tak dapat apa yang dia nak... dia belasah

Melihat jiran yang mempunyai duit lebih sikit.... dengki.... hantar santau

Tak dapat duit nak beli dadah.... kerat atok, nenek, ayah dan tikam adik sendiri.

Ini semua satu fenomena gila yang saya sendiri kadang kala merasa sangat kecewa. Jikalau kita pandang, fikir dan muhasabah diri sejenak, tentu kita akan dapat merasakan bahawa ini semua bukan silap orang lain... Ini semua adalah daripada kesilapan diri kita sendiri. Kita leka, kita cuai dengan sikap "tak pe lah".

Sikap "tak pe lah"

Ini adalah sikap yang membawa kepada pembunuhan keluarga itu tadi

Ini lah sikap yang membawa kepada pergaduahan sesama kita orang Melayu

Ini lah sikap yang membawa kepada ketahyulan orang Melayu

Inilah sikap yang akan membawa kepada KEJATUHAN MARUAH DAN NILAI ORANG MELAYU!


Pembaca yang saya hormati sekalian,

Marilah kita sama-sama fikir dan muhasabah sejenak... fikirkan sedalamnya...

Monday, January 4, 2010

Buat Julung Kali


Salam...

Dengan nama bangsa melayu, serta anak watan jati negeri Pahang Darul Makmur. Saya, Muhammad Israr Mokhtar, dengan ini merasmikan blog yang diberi nama "Teratak Fikiran".

Alhamdulillah...

Sesungguhnya saya sudah berjaya merialisasikan kawasan sawang (website) sendiri. Atas usaha sama dengan adinda Shaznia yang telah memberikan banyak tunjuk ajar kepada saya. Terima Kasih saya ucapkan pada adinda sahabatku Shaznia.

Untuk pengetahuan pembaca sekalian, saya akan mengunakan dua bahasa dalam setiap coretan di dalam blog ini. Sebagai pembuka tirai, saya menggunakan Bahasa Melayu untuk coretan pertama blog ini. Saya mungkin akan menggunakan Bahasa Inggeris untuk coretan kedua. Tetapi, ianya bergantung kepada keadaan psikologi saya pada waktu itu.

Saya berharap dapat menggunakan kawasan sawang ini untuk menjana idea, menyampaikan suara diri dan rakyat, serta berkongsi pengalaman dan kepakaran supaya ianya dapat digunakan oleh seluruh lapisan masyarakat, khususnya bangsa melayu.

Kita perlu sedar, bahawa kita sudah ketinggalan....sudah terperesuk didalam kongkongan kejahilan dan kemalasan yang menjadi sinonim dengan bangsa melayu. Mudah mudahan kita semua akan sedar sebelum ianya terlambat.

Setakat ini sahaja dulu coretan fikiran saya buat kalian yang sudi membaca...

Sebelum saya mengorak langkah menutup coretan ini, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan "Selamat Menyambut Tahun Baru 2010" pada kalian semua. Mudah-mudahan dengan izin dan berkat Allah SWT, kita semua dapat menikmati kesihatan yang baik, rezeki yang melimpah ruah, serta kebahagiaan dan ketenangan didalam jiwa sanubari masing-masing. Insyaalah. Amin.

Sekian dari saya... Teratak Fikiran...Teratak Warisan...

Salam..